Wednesday, October 22, 2008
- Mengapa Dirindu -
Anak punai anak merbau terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah ini pula hati orang mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang sudah jadi orang baru mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi kasih yang baru simpan dihati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi kasih yang baru simpan dihati
Selat teduh lautan tenang banyak labuh perahu acheh
Jangan kesal jangan kenang kalau hati rasa pedih mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda rasanya kelat sudah lah pasti
Kalau hilang kasih lama cari lain untuk ganti mengapa dinanti
Patahkan tumbuh hilang berganti
Tak kan sembuh kalau diubati
Patahkan tumbuh hilang berganti
Sayang mengapa dirindu...
suka btul dgr lagu ni....thank ciku bg lagu ni...mmg dh lama pun cari lagu suka sgt dgr lagu ni..
Monday, October 20, 2008
- Open House -
Friday, October 10, 2008
- Kenangan Terindah -

Tadi tgk gmbar zaman belajar...byk kenangan dgn kawan2 yg tak leh dilupe...time tu seronok sgt rasanya...kawan la segalanya...takde pasangan kekasih takpe sume tu tak penting...ke mana2 mst berlima...atul, auda, intan, yan dan yanti...kemana saja mst berlima...pakaian pun kalau blh nk sama patern ekekeke...tu la kenangan yg tak akan yan lupekan smpi bile2...lepas yan berpindah dr kolej bunga raya masuk ke kolej seroja dgn diaorg aktiviti semakin menjadi2...ada saje yg nk dilakukannya...time ni tambah lagi sorang kawan baik iaitu siti @ kecik...kteorg panggil dia kecik sbb badan dia nk muka dia mmg mcm bdk tak cukup umur hahahaha ( jahatnya aku sorry siti ) ermm dlu sblm satu bilik dgn yan, siti ni mmg pendiam tp lepas yan msk bilik dia trus jadi mulut cam yan ekekeke....penangan rakan sebilik ekekekeke....

Gambar kat atas ni time kteorg kat taman sahabat...nama pun taman sahabat...tu mengingatkan yan kat kengkawan yan ni....tudung pink tu ( yanti ), tudung biru plak ( auda ), yg pkai speck tu ( atul ), manakala yg tudung krim tu ( intan ) dan semestinya lg sorang tu yan ekekek :D
Sarawak tu la bumi tmpat yan melanjutkan pengajian ijazah..dlu lepas pmr dan spm yan tak dpt peluang langsung nk sambung luar daerah semua tawaran terpaksa ditolak...sedih gak time tu bile sume kawan2 gi tmpt lain utk sambung belajar...rasanya kalau la dpt diundur masa mungkin skrg yan dh jadi grafic designer huhuhuhuh...tp dlu aim yan universiti bukan politeknik...tp rupanya yan silap universiti tak menjanjikan peluang pekerjaan yg kte harapkan..skrg ni industri pekerjaan memandang kpd pengalaman dan juga kemahiran seseorg tu..ermm nk buat mcm mana dh nasib badan yan agaknya...dlu nk lepas geram memandangkan yan tak blh smbg belajar lepas pmr dan spm di tmpt lain...yan ambik keputusan lepas stpm yan apply first choice SARAWAK, second choice SABAH, seterusnya utara semenanjung...tanpa pengetahuan mak yan..dh dpt surat baru yan bgtau mak yan dia dh tak blh halang sbb takkan yan nk mengangur kalau tak pergi sambung...time tu seronok bukan kepalang dpt keluar dr kepompong ( hahaha jahatnya aku ) tp lama2 pula rasa boring asal cuti mst yan blk tak kira cuti seminggu...rasa tak blh nk hidup kat satu tmpt yg begitu asing dgn cara hidup yg berbeza...syukur la skrg yan dh berada di semenanjung malaysia...
Gambar kat bawah ni time kteorg tgh berseronok menghabiskan cuti hujung minggu dgn melawat ke culture village...guna kad matric dpt separuh harga....rugi rasanya kalau dh sampai sarawak tp tak pergi...lg tmpt best yg yan dah sampai rumah panjang...mmg lain benar adat diaorg time tu kteorg terpaksa masak sndr memandangkan keraguan utk mkn di rumah panjang iban...so msk la nasi dlm buluh dgn ayam pansoh ( makanan glamour kat sana ) semuanya dimasak di dalam buluh...itu la pengalaman yg tak ternilai rasanya berada di bumi org...
Di bumi orang ni kawan la segala galanya...time kte ssh senang...sama2...ermm teringat satu hari tu kteorg nk berjalan tp masing2 duit dh takde so terpaksa kuarkan duit dalam bank dan campurkan utk gi explore ke Tebedu....dr kuching ke tebedu mengambil masa 3-4jam perjalanan..kteorg siap bawak bekal lg msk siap2...tak lupe biskut yg keras yg tak dimkn dr awal sem turut di bawa sama ekeeke...sampai sana tdo hotel paling murah skali satu mlm RM40..sumbat lima org skali dlm satu bilik :D seronok btul time tu rndu rasanya zaman tu.....
Ni budak2 program tourism..smbil buat assigment smpt gak berseronok...assigment yan mmg terpaksa keluar dari universiti cari mana2 tempat yg belum dibangunkan dan rancang pembangunan di situ utuk di jadikan tempat pelancongan...tu yg terpaksa redah mana2 hulu ceruk tak tau mana dlm peta agaknya...yang lecture tau nnt balik bentangkan pada dia..tp yan seronok dgn program yan sbb mmg tu yg yan minat...berjalan...berjalan...berjalan...tu yg terpaksa byk keluar duit utk satu assigtment...tiap2 mgu kteorg terpaksa kuar bersiar2 utk siapkan assigment kteorg..

Wednesday, October 8, 2008
- Wedding Planner Episode 2 -

•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).
TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

- Wedding Planner Episode 1 -


Barangan Hantaran:

Pelamin, Baju songket, Bunga pegang, Bunga pahar, Bunga telur/cenderahati tetamu, Jurusolek
Baju persalinan, Hiasan bilik tidur, Pintu gerbang, Barangan hantaran, Hiasan hantaran, Solekan pengapit dan flower girls
Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting, Jurugambar
Kanopi:
Kanopi, Kerusi dan meja, Alas meja, Kipas siling, Lampu, Upah pekerja
Hotel atau taman:
Kerusi dan meja, Menu, Penyambut tetamu, Pengiring
Set meja pengantin, Kerusi dan Meja, Alas meja, Skirting, Scallop, Kerusi banquet, Bunga bouquet, Lauk pengantin, Penanggah
Katering:
Nasi dan lauk pilihan, Buah-buahan, Air (kordial)
Kompang, Silat pengantin, Zapin, Kuda kepang, Cak lempong, Kumpulan marhaban/berzanji
Sistem PA:
Satu set sistem PA, DJ / MC
Tuesday, October 7, 2008
- Beraya Di Johor -

Thursday, September 25, 2008
- Berbuke Puasa Bersama Chatters VF -









