Wednesday, October 8, 2008

- Wedding Planner Episode 1 -



Masa btul2 mencemburui kte...sedar tak sedar dah nk meningkat setahun lg umur yan..bulan depan 3 hb 11 genap la umur yan 24 tahun...thn dpn dh bergelar isteri org...ermm tak lama dah kejam celik kejam celik dah nk langsung nnt...ramai yg tnya mana hilangnya checklist utk perkahwinan tu utk maklumat sume tu semua angkara tunang yan...dia dh delete utk make over blog ni yg baru....so kecian plak utk yg tercari2 jadi yan akan letak semula dlm ni...kat bawah ni yan masukkan dlu bajet perkahwinan perempuan nnt ada masa yan tambah lg information yg penting buat bakal2 mempelai :D



Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinan, Kad jemputan, Setem, Cincin kahwin, Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan, Tempat penginapan untuk rombongan

Barangan Hantaran:
Sirih junjung, Potpourri, Al-Quran, Sejadah, Samping, Songkok, Kain pelekat, Baju Melayu, Tuala Kasut, Jam, Satu set penjagaan diri, Kek, Pulut kuning, Puding, Cokelat, Buah-buahan


Juruandam:
Pelamin, Baju songket, Bunga pegang, Bunga pahar, Bunga telur/cenderahati tetamu, Jurusolek
Baju persalinan, Hiasan bilik tidur, Pintu gerbang, Barangan hantaran, Hiasan hantaran, Solekan pengapit dan flower girls

Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting, Jurugambar

Kanopi:
Kanopi, Kerusi dan meja, Alas meja, Kipas siling, Lampu, Upah pekerja

Hotel atau taman:
Kerusi dan meja, Menu, Penyambut tetamu, Pengiring




Makan beradap:
Set meja pengantin, Kerusi dan Meja, Alas meja, Skirting, Scallop, Kerusi banquet, Bunga bouquet, Lauk pengantin, Penanggah

Katering:
Nasi dan lauk pilihan, Buah-buahan, Air (kordial)



Hiburan:
Kompang, Silat pengantin, Zapin, Kuda kepang, Cak lempong, Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA:
Satu set sistem PA, DJ / MC



No comments:

Online Streaming by MyChatz.FM